Isnin, 7 November 2011

Al-Fatihah

5 Nov 2011 Pulai Sebatang Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Mohd Faridz Bin Azman (dalam bulatan) di atas kepulangan Allahyarham ke Rahmatullah pada 5 November 2011. Allahyarham Mohd Faridz merupakan seorang bekas petugas KKBN Pontian yang berkhidmat sebagai petugas perkhidmatan di Dewan Makan KKBN Pontian. Beliau yang telah berkhidmat di antara 13 Mac 2009 hingga 31 Mei 2011 telah menghembuskan nafas terakhir setelah mengalami kemalangan sewaktu bertugas. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan pada 4.30 petang di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Pulai Sebatang. Sama-samalah kita menghadiahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan berdoa agar rohnya di tempatkan bersama orang-orang yang beriman. Insyallah.

Selasa, 1 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

Pada 6hb November 2011 seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Kejayaan dan kemenangan disambut meriah hasil dari pengorbanan dan perjuangan yang telah dilaksanakan. Pengurusan KKBN Pontian juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada graduan KKBN Pontian yang telah berjaya menempuhi pengorbanan dan perjuangan dengan penuh kecekalan dalam mencapai kejayaan sepanjang berada di KKBN Pontian.

Ahad, 23 Oktober 2011

Selamat Datang

Selamat datang kepada semua graduan KKBN Pontian. Di KKBN Pontian kita berpisah dan di sini kita bertemu.